Friday 19 December 2014

Tips Tanaman Laman Sayur Mini Di Rumah :)

Walaupun berada di kawasan bandar yang penuh dengan aspek-aspek urbanisasi, penanaman sayuran secara kecil-kecilan masih boleh dilaksanakan di kawasan bandar. Walau tidak berapa luas namun kita masih boleh berbakti kepada tanah dan menanam sayuran untuk keperluan dapur anda. Antara tips yang boleh diaplikasikan ialah: 

1.  Letakkan tiga lapisan mulching (sungkupan) pada batas tanaman setebal tiga inci material organik. Usaha ini bagi menampung air yang mencukupi, menambah humus dalam tanah serta nutrien. Di samping itu juga ia mampu menghalang pertumbuhan rumpai selain memberi anda batas tanaman yang kemas.
2.  Langkah paling penting dalam mengawal serangan serangga perosak ialah dengan menjaga tahap kualiti tanah. Tanah yang subur akan menghasilkan tanaman yang sihat dan boleh bertahan terhadap serangan serangga perosak serta penyakit secara semula jadi.
3.  Serangga perosak boleh ditangani dengan menyembur batang daun dan pucuk pokok menggunakan air sabun yang lembut kemudian di siram dengan air bersih. Ia turut berkesan ke atas kelompok tanaman yang banyak.
4.  Kenal pasti alternatif atau langkah tambahan selain baja kimia seperti penggunaan tanah kompos. Penggunaan baja tidak organik hanya menyebabkan pembinaan toksik yang boleh mencemarkan tanah dan air minuman.
5.  Apabila membeli tanaman untuk taman pilih tanaman yang bersesuaian dengan tanah, kadar penerimaan cahaya matahari dan tahap pendedahannya terhadap cuaca.
6.  Tanah kompos meningkatkan struktur tanah, tekstur dan meningkatkan kadar tampungan air. Selain itu, ia merangsang kesuburan tanah dan menggalak pembinaan akar yang sihat dan kuat.

 Laman Sayur Mini 


No comments:

Post a Comment