Penghalau Serangga Organik
Hanya menggunakan satu ramuan mampu cegah kehadiran semua serangga perosak Penghalau serangga multi purpose ini mampu mengawal kehadiran hampir kesemua jenis serangga perosak. Ia merupakan gabungan bahan organik seperti bawang, cili dan cecair sabun. Pembaca boleh menggunakan semburan ini terhadap serangga yang pemakan daun. Larutan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata manusia. Oleh itu, pakai sarung tangan dan jarakkannya daripada mata dan hidung semasa menggunakannya.
Bahan -bahan
Botol penyembur
Kain sebagai penapis
Mangkuk bancuhan
2 biji bawang
2 biji cili
1 labu bawang putih
1 sudu sabun cucian cecair
Kaedah penyediaan
Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar, tambahkan air dan kisar sehingga hancur kesemuanya. Kemudian, tapis bahan ini menggunakan kain dan tambahkan sabun cecair ke dalam air yang telah ditapis. Kacau sebati. Sembur larutan ini pada tanaman di bahagian atas dan bawah daun. Larutan ini boleh digunakan setelah seminggu disimpan di tempat tertutup di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment