Wednesday 27 August 2014

Orang Tengah Dalam Pemasaran Pertanian


  • Masalah utama pengeluar hasil pertanian adalah orang tengah, orang tengah biasanya mengambil untung atas angin dan ini merugikan para petani. 
  • Petani berpenat lelah namun mendapat pulangan yang sedikit dan ada di antara mereka tidak tahu menahu selok belok pemasaran pertanian kerana kebanyakkan mereka sudah berumur.
  • FAMA mampu membantu namun masalah orang tengah masih juga ada
  • Kebanyakkan produk pertanian pula mudah rosak 
  • Golongan muda pula ramai tidak meminati pertanian... :(

Dipetik dari Sinar Harian, menurut Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akan ada pasar agro tanpa mana-mana orang tengah: 
Persoalannya bolehkan orang tengah dikurangkan ??? 


SEBUAH pasar raya agro menjual pelbagai barangan segar keluaran peladang dan usahawan tani dijangka memulakan operasinya di Petaling Jaya, November ini, sebagai sebahagian program Jihad Memerangi Orang Tengah yang diterajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasar raya itu akan menjual produk segar seperti ayam, daging, bawang, rempah ratus, buah-buahan dan sayur-sayuran hasil ladang daripada petani dan peladang.
 
“Harganya akan lebih murah sebab kita ambil terus daripada penternak dan peladang serta tidak menggunakan orang tengah,” katanya.
Ismail berkata, kementerian itu menyasarkan untuk memperluaskan kewujudan pasar raya agro di setiap negeri.
 
“Selepas ini, kita akan bangunkan pasar raya agro di Tanjung Agas di Muar, Johor. Lokasinya sudah dikenal pasti dan ia akan dibuka pada bila-bila masa mungkin tahun ini,” katanya.
 
Menurutnya, pasar raya itu diwujudkan hasil inisiatif Pertubuhan Peladang Kebangsaan Malaysia (Nafas) dan akan dibangunkan di aras satu bangunan pejabat operasi baharu pertubuhan itu.
 
Selain itu, katanya, pusat pengumpulan dan pengedaran turut akan dibangunkan di aras sama pejabat Nafas.
 
“Tingkat bawah bangunan pejabat Nafas yang baharu ini akan diubahsuai terlebih dahulu untuk menempatkan pasar raya agro dan pusat pengumpulan dan pengedaran. Ia dijangka siap dalam tempoh dua bulan dan proses pengubahsuaian ini akan menelan belanja kira-kira RM5 juta.
 
“Nafas juga akan ambil produk dari luar negara seperti daging lembu import dari Sudan dan kubis dari Acheh. Ia akan ditempatkan di pusat pengumpulan dan pengedaran kerana 70 peratus keperluan kita adalah diimport, manakala 30 peratus lagi dikeluarkan dalam negara,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Nafas dan Agrobank di Kota Damansara, semalam.

Sumber: Sinar Harian
 

Sunday 17 August 2014

Semaian Cili Kulai


Projek Cili Kulai Di dalam Nethouse 
  • Cili direndam dahulu selama 4 jam dengan Racun kulat - Prevecure N
  • Semaian di dalam tray semaian 100 lubang @ 118 lubang 
  • Biasanya semaian cili memerlukan 4 minggu sebelum pindah tanam 
  • Pada minggu ke-2 dan ke-3 semburan racun imadicloprid seperti Solomon disyorkan untuk pelindungan anak pokok cili 
  • Pada minggu ke- 3 disyorkan semburan baja daun seperti bayfolan 
  • Pada Minggu ke - 4 disyorkan semburan racun Marshall , ai Carbosulfan juga untuk pelindungan anak pokok cili.  
Cili Kulai Hari ke 7

Cili Kulai di dalam tray semaian 



Tuesday 12 August 2014

Cara- Cara Menanam Cili

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil. 
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah. 

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci. 

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur. 

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru. 
Cili yang sudah boleh dituai :)

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah. 

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu. 

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut. 

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang. 

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati. 

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang. 

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram. 

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat. 

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang. 

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan. 

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat. 

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya. 

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan. 

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja. 

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari. 

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun. 

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih. 

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan. 

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula. 

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib. 

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah). 

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering. 

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera. 

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
Sumber: metro(agro)

Monday 11 August 2014

Kebaikkan Buah Tembikai (Infografik)

Buah tembikai sangat sesuai dimakan pada waktu panas dan juga sesuai sebagai pencuci mulut selpas makan. Bagi saya lebih bagus makan dahulu buah sebelum makan makanan yang berat. Sesaui juga dimakan setelah penat bekerja.