Thursday 25 December 2014

KENALI VARIETI KELAPA - yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian

Bagi pembangunan industri kelapa, Jabatan Pertanian melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG, MAWA dan Kelapa Pandan untuk ditanam oleh pekebun dan pengusaha kelapa di negara ini kerana mampu memberikan hasil yang tinggi.
Kelapa MATAG.
Kelapa Matag ialah kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf - MRD) atau Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf – MYD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah Kelapa MATAG dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan density penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Bilangan buah setandan di antara 10 – 22 biji.
Kelapa MAWA
Kelapa Mawa ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 – 16 biji.
KELAPA PANDAN
Kelapa Pandan dikenali juga dengan nama kelapa wangi atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.
Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 – 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api.

No comments:

Post a Comment