Saturday 21 December 2013

Pertanian Bandar Bukan Ilusi: Pertanian Bandar Untuk Bandar Mampan

Projek ladang langit bagi mengatasi masalah kekurangan tapak tanah pertanian mengikut gambaran artis.
Pertanian Bandar Untuk Bandar Mampan: menghasilkan makanan sendiri, menjana pendapatan, mengalakkan interaksi sosial, meningkatkan kualiti persekitaran dan menggunakan (semula) bahan buangan dan air menjelaskan bagaimana pertanian bandar membantu ke arah pembentukkan bandar mampan.
Pertanian bandar ditafsirkan sebagai aktiviti menghasil, memproses dan memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar menggunakan kaedah pengeluaran intensif, menggunakan (semula) sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman dan ternakan1. Konsep pertanian bandar telah lama wujud jika dilihat kepada model pembangunan Machu Picchu di Peru sekitar tahun 1450, yang direka untuk mewujudkan ladang bandar yang produktif dengan menempatkan pertanian di dalam dan sekitar bandar.
Kepentingan pertanian bandar sepenuhnya telah difahami oleh pihak berkuasa dan penyelidik2. Bandar di seluruh Amerika Syarikat telah mengiktiraf nilai pertanian sebagai gunatanah yang diluluskan di kawasan bandar. Pihak berkuasa tempatan, seperti di Madison, Wisconsin telah melakukan pengubahan terhadap pelan komprehensif dan ordinan pengezonan untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan membenarkan kegunaan pertanian3.
Menjelang tahun 2020, kadar penduduk bandar di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat kepada 75% berbanding 65.4% pada tahun 20004. Peningkatan kadar kemiskinan bandar dan krisis makanan bandar di negara membangun selari dengan kepesatan perbandaran4 di samping masalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan formal yang mencukupi, peningkatan jumlah sisa buangan, pencemaran udara dan air.
Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan pengeluaran makanan. Nilai import makanan meningkat setiap tahun, iaitu daripada RM12.69 juta pada tahun 2003 kepada RM23.37 juta pada  tahun 20074 dengan nilai RM221.81 bilion sejak tahun 19926. Kadar kebergantungan yang tinggi kepada sumber makanan import memberi impak yang besar kepada negara sekiranya berlaku krisis makanan dunia. Pertanian bandar menjadi medium penting untuk bekalan makanan tempatan secara berterusan, mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan meningkatkan pengurusan persekitaran bandar.
Penghasilan makanan sendiri samaada menanam atau menternak membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah untuk membeli makanan. Berdasarkan kajian Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF) penduduk miskin di negara-negara miskin secara umumnya membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka (50% – 70%) ke atas makanan. Pertanian bandar mewujudkan peluang pekerjaan dan penjualan hasil pertanian (segar atau diproses) sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk bandar.
Pertanian bandar berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Sebagai contoh, beberapa projek pertanian bandar di Amsterdam mensasar golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya, wanita, penghijrah tanpa pekerjaan, dan warga emas5 dengan tujuan untuk mengalakkan interaksi sosial dan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra. Di Montreal, Kanada, penglibatan golongan kurang bernasib baik dalam aktiviti pertanian bandar sangat dititikberatkan7selaras dengan polisi kerajaan untuk membantu golongan berkenaan. Selain itu, pertanian bandar membantu meningkatkan motivasi diri para peserta projek dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan samaada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Pertanian bandar turut menyediakan ruang rekreasi dan peluang pendidikan pertanian kepada para pelajar.
Pertanian bandar memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan persekitaran bandar dengan menyediakan alternatif kepada penyelesaian masalah pelupusan sisa buangan dengan menjadikannya kepada sumber yang produktif melalui pengkomposan. Kompos boleh digunakan untuk penanaman dan dijadikan sebagai baja semulajadi. Pertanian bandar meningkatkan keluasan kawasan hijau di kawasan bandar. Justeru, ini akan meningkatkan nilai estetik atau mengindahkan pemandangan dalam bandar, dan yang lebih penting lagi kawasan hijau membantu menyejukkan suhu kawasan bandar secara semulajadi. Pencemaran air dapat dikurangkan apabila air dikitar semula untuk tujuan pengeluaran makanan.  Di samping itu air hujan boleh disimpan atau disalurkan kepada tanaman pokok melalui cara penuaian air hujan untuk kegunaan penyiraman, pembersihan tanaman atau ternakan serta menggalakkan penggunaan hujan secara ekonomik.
Pada masa kini, tiada kajian atau data rasmi berkaitan pertanian bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun usaha pertanian bandar di negara kita dapat dilihat secara tidak langsung melalui Program Bumi Hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan.  Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperkenalkan projek Bumi Hijau di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa individu, kumpulan, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)8. Selain itu, sebilangan kecil penduduk atau agensi menjalankan penanaman sayuran di laman rumah, balkoni, dalam kawasan institusi dan di bawah laluan rentis elektrik.
Pengintegrasian pertanian dalam sistem perancangan bandar adalah pra-syarat penting pembangunan mampan dari aspek sumber pendapatan, bekalan makanan, penghijauan persekitaran dan lanskap bandar, pengurusan air dan penyediaan alternatif kawasan beriadah dan pendidikan. Pengintegrasian ini akan mewujudkan rekabentuk kawasan kejiranan baru dan mempelbagaikan fungsi kegunaan tanah di kawasan bandar selaras dengan konsep pembangunan bandar padat.
Pertanian bandar dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ bandar, mengguna dan mengitar semula sisa bandar dan menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar.
Dalam melaksanakan pertanian bandar di Malaysia, banyak perkara yang perlu diteliti seperti keperluan perundangan, kesediaan tanah, kesesuaian lokasi, jenis tanaman dan ternakan selain sikap dan pemikiran negatif individu, komuniti, organisasi atau pihak berkepentingan terhadap pertanian bandar.
Rujukan
1 United Nations Development Programs (UNDP), 1996
2 An Urbanizing World, United Nations Centre for Human Settlement (HABITAT), 1996
3  Promoting Urban Agriculture As An Alternative Land Use For Vacant Properties In The City Of Detroit: Benefits, Problems And Proposals For A Regulatory Framework For Successful Land Use Integration, John E.M, Sarah.K & Mary J.W, Undated.
4  Rancangan Fizikal Negara ke-2, JPBD SM, 2010
5  The Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF) is an international network of seven regional resource centres and one global resource centre on Urban Agriculture and Food Security based in Netherland.
6  Utusan Malaysia, 26 Jun 2012.
7  E. Duchemin, F. Wegmuller and A.-M. Legault, Urban agriculture: multi-dimensional tools for social development in poor neighbourhoods, 2008
8 BERNAMA, 13 Julai 2008
 sumber: smp

Saturday 16 November 2013

Cara - Cara Menanam Aloe Vera (Lidah Buaya)

Anda yang gemarkan mengindahkan taman dengan pepohon hijau, lidah buaya antara yang dicadangkan. Malah pokok itu juga membiak dengan subur jika kaedah dilakukan benar-benar sempurna.
Kali ini kaedah pembiakan lidah buaya melalui anak pokok dikongsikan.

Langkah 1
Asingkan anak pokok dari plastik semaian dengan teliti.
 

Foto 

Langkah 2
Bersihkan anak pokok tadi daripada akar -akar yang sudah rosak.


Foto  

Langkah 3
Masukkan tanah ke dalam pasu baru.
 

Foto 

Langkah 4
Mula menanam anak pokok lidah buaya.


Foto 

Langkah 5
Padatkan tanah supaya kedudukan anak pokok itu lebih seimbang 


Foto   

Langkah 6
Tempatkan anak pokok itu di kawasan teduh.
 

Sumber: hmetro 

Wednesday 13 November 2013

Alatan - Alatan untuk Berkebun/ Pertanian

Alatan - Alatan untuk Berkebun/ Pertanian 
mari mengenal alatan-alatan untuk berkebun,bertani dan bercucuk tanam dalam BM dan BI 
berbakti kepada tanah nescaya akan dapat hasilnya :)







Friday 25 October 2013

Bajet 2014 Untuk Sektor Pertanian

Alhamdullilah bidang pertanian masih direncana dalam bajet 2014 dan ini adalah kerana sektor ini adalah tulang belakang Malaysia. Di bawah adalah ucapan YAB Dato Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet 2014 mengenai sektor ini:

TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

Meningkatkan Rantaian Sektor Pertanian

66. Hakikatnya sejak dahulu kala, bidalan lama menyatakan, berbudi pada tanah, berbakti kepada bumi, nescaya kita dapat menuai hasilnya. Lalu, seperti tiap tahun, bidang pertanian tersusun dalam agenda Bajet negara. 

67. Peruntukan sebanyak 6 bilion ringgit akan disediakan untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. Antara inisiatif utama adalah seperti berikut:

Pertama: Menubuhkan Food and Agro Council for Export atau FACE yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia bertindak sebagai pemudahcara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan;

Kedua: Memperkukuhkan FAMA untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport. Sebagai contoh, FAMA akan menganjurkan Agro bazaar di Singapura. 

Memandangkan permintaan dan harga yang tinggi, kita juga akan berusaha untuk meningkatkan eksport durian ke pasaran China. Untuk mempastikan kesegaran produk pertanian, Kerajaan akan turut menyediakan kemudahan cold room di KLIA. Tujuannya, selain daripada meningkatkan eksport negara, ia dapat memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para petani; dan

Ketiga: Mempastikan harga berpatutan bagi produk makanan dengan membuka tambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani, serta memperluas 100 gerai buah-buahan segar di seluruh negara. Langkah ini akan dikendalikan oleh FAMA dan LKIM yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna.

68. Selanjutnya, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 2.4 bilion ringgit bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif. Ini merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan. Di samping itu, Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak 243 juta ringgit bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan. 

69. Selain itu, bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 634 juta ringgit di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Antara projek yang terlibat adalah tanaman padi, projek ikan dalam sangkar, projek rumpai laut dan burung walit, projek herba bernilai tinggi, tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan bagi pasaran eksport. 

70. Kerajaan juga akan melaksanakan projek ternakan lobster atau udang kara di Semporna, Sabah dengan kerjasama syarikat Multinasional untuk menghasilkan sebanyak 18 ribu tan metrik yang dijangka dapat mewujudkan 20 ribu peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga empat ribu ringgit sebulan. 

71. Bagi meningkatkan lagi daya saing dan memacu sumbangan Bioekonomi kepada pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan akan melaksanakan program Bioeconomy Community Development untuk membangun tanah-tanah terbiar melalui aplikasi bioteknologi dan penanaman kontrak untuk menambah nilai industri pertanian dan pendapatan petani.

72. Selain itu, Kerajaan juga menyedari peranan aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau R&D sebagai pemangkin kepada pembangunan Bioekonomi. Oleh itu, insentif R&D berikut akan diberi kepada projek yang berkelayakan yang akan dinilai oleh BiotechCorp:

Pertama: Potongan cukai kepada syarikat yang melabur untuk memperoleh platform teknologi dalam industri berasaskan bio;

Kedua: Pengecualian duti import ke atas peralatan R&D bagi syarikat yang melabur dalam pilot plant untuk tujuan pra-pengkomersilan di Malaysia; dan

Ketiga: Insentif khas kepada syarikat untuk menampung sebahagian kos operasi pembangunan modal insan bagi Centre of Excellence for R&D.

Insentif ini adalah bagi permohonan yang diterima oleh BiotechCorp mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2018.


YAB Dato Seri Najib Tun Razak berbaju melayu oren semasa membentangkan bajet 2014

Thursday 5 September 2013

Bunga & Maksudnya (Infografik)

Bunga dan maksud tersirat disebaliknya. Pemberian bunga biasa berlaku dan biasanya kepada kekasih atau orang yang teristimewa kepada kita. Mari lihat maksud disebalik pemberian bunga...jangan tersalah beri sudah :)
http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2013/09/choosing-the-right-flower-for-the-right-occasion_502917e0600db.jpg

Friday 23 August 2013

Friday 10 May 2013

Friday 15 March 2013

Coca-Cola & Pepsi Sebagai Racun Serangga ?

Coca-Cola & Pepsi Sebagai Racun Serangga, bunyi pelik namun ia benar benar terjadi di India. Ada dua sumber yang mengesahkan pekara ini, menarik juga.. BBC turut melaporkan mengenai pekara ini( klik sumber no 2) 
Petani di India mengatakan bahawa ia amat murah jika dibandingkan oleh racun2 di pasaran

Agricultural specialist Devendra Sharma says farmers are mistaken in thinking that the drinks are the same as pesticides.
He says the drinks are effectively sugar syrups and when they are poured on crops they attract ants which in turn feed on the larva of insects.  

Fellow scientist, Sanket Thakur, has a different explanation: "All that is happening is that plants get a direct supply of carbohydrates and sugar which in turn boosts the plants' immunity and the plantation on the whole ends up yielding a better crop."

Sumber
1. Coke, Pepsi Used as Agricultural Pesticides by India Farmers
2. Farmers tackle pests with colas

Nak tgk cara diorang buat tgk video bawah


Saturday 9 March 2013

Kursus Hujung Minggu Jabatan Pertanian Segamat

Nice kursus, open..dibuat di Pasar Tani depan dataran segamat
saya student praktikal saje..
Penceramah-En Hazrin Bin Wagiman :)
Pada 9 Mac 2013, agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan Kursus Hujung Minggu di tapak pasar tani bandar Segamat. Di antara agensi-agensi yang terlibat ialah Lembaga Pemasaran Pertanian persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal daerah Segamat. Turut hadir pada hari itu ialah FELDA Trading Sdh. Bhd. Bagi Jabatan Pertanian daerah Segamat, wakil-wakil yang hadir ialah En. Md. Shaeb bin Ibrahim, En. Zulkifli Bin Habsah, En. Mohd Hakim Bin Ramli, En. Akhmalluddin Bin Mohd Sujai dan Cik Norolain Binti Zakaria. Turut hadir ialah En Hazrin Bin Wagiman dari Institute Pertanian Ayer Hitam.
Kursus dimulakan pada pukul 9 pagi dengan penerangan dan demonstrasi cantuman mata tunas oleh En Hazrin Bin Wagiman. Kemudian pada pukul 9.30 pagi diteruskan pula dengan kaedah cantuman tut. Selepas itu pada pukul  10.30 pagi, diteruskan pula penerangan oleh FELDA Trading Sdh. Bhd. mengenai produk-produk mereka.
Kursus hujung minggu diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pengunjung-pengunjung pasar tani. Kursus ini tamat pada pukul 1.00 petang.


penerangan tut dan cantuman mata tunas


pokok2 yg turut dijual sekali

soal jawab

jabatan pertanian segamat :)

Monday 25 February 2013

Praktikal Di Jabatan Pertanian Segamat

Latihan industri  di Jabatan Pertanian Daerah Segamat , sedang mempelajari ilmu-ilmu pertanian di sini..Pegawai2 dan staf2 disini semuanya mesra. Malah suasana pun kondusif untuk berkerja. tiada elaun,tiada tempat tinggal namun tidak mengapa... :)


Thursday 10 January 2013

Pertanian sebagai bidang profesional ???


"Agrologist Act...for Agric Professional...this time for agriculture...history in the making... "
kata Prof Khanif Yusop...

Pertanian sebagai bidang profesional, sesuatu yang amat diimpikan warga pertanian. Syukur Alhamdullilah jika akta ini diwujudkan, dapat meningkatkan imej pertanian di kalangan generasi muda. Malah tangga gaji juga bakal meningkat :)



Sumber: Prof khanif yusop

Thursday 3 January 2013

Agriculture & Man (Part 1)

Definition- 

Utilization of natural resources systems to produce commodities which maintain life, including food, fiber, forest products, horticultural crops, and their related services. It involves farming: the art, science or practice of cultivating soil, producing crops, and raising livestock; to cause the land to produce abundantly food, feed, fiber and other desired goods the systematic raising of plants and animals, and at the same time to protect it from deterioration and misuse.
 
Agriculture comes from the Latin words Agre = Land and Cultura = Cultivation. Agriculture means Cultivation of the Land.