Saturday, 9 March 2013

Kursus Hujung Minggu Jabatan Pertanian Segamat

Nice kursus, open..dibuat di Pasar Tani depan dataran segamat
saya student praktikal saje..
Penceramah-En Hazrin Bin Wagiman :)
Pada 9 Mac 2013, agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan Kursus Hujung Minggu di tapak pasar tani bandar Segamat. Di antara agensi-agensi yang terlibat ialah Lembaga Pemasaran Pertanian persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal daerah Segamat. Turut hadir pada hari itu ialah FELDA Trading Sdh. Bhd. Bagi Jabatan Pertanian daerah Segamat, wakil-wakil yang hadir ialah En. Md. Shaeb bin Ibrahim, En. Zulkifli Bin Habsah, En. Mohd Hakim Bin Ramli, En. Akhmalluddin Bin Mohd Sujai dan Cik Norolain Binti Zakaria. Turut hadir ialah En Hazrin Bin Wagiman dari Institute Pertanian Ayer Hitam.
Kursus dimulakan pada pukul 9 pagi dengan penerangan dan demonstrasi cantuman mata tunas oleh En Hazrin Bin Wagiman. Kemudian pada pukul 9.30 pagi diteruskan pula dengan kaedah cantuman tut. Selepas itu pada pukul  10.30 pagi, diteruskan pula penerangan oleh FELDA Trading Sdh. Bhd. mengenai produk-produk mereka.
Kursus hujung minggu diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pengunjung-pengunjung pasar tani. Kursus ini tamat pada pukul 1.00 petang.


penerangan tut dan cantuman mata tunas


pokok2 yg turut dijual sekali

soal jawab

jabatan pertanian segamat :)

Monday, 25 February 2013

Praktikal Di Jabatan Pertanian Segamat

Latihan industri  di Jabatan Pertanian Daerah Segamat , sedang mempelajari ilmu-ilmu pertanian di sini..Pegawai2 dan staf2 disini semuanya mesra. Malah suasana pun kondusif untuk berkerja. tiada elaun,tiada tempat tinggal namun tidak mengapa... :)


Thursday, 10 January 2013

Pertanian sebagai bidang profesional ???


"Agrologist Act...for Agric Professional...this time for agriculture...history in the making... "
kata Prof Khanif Yusop...

Pertanian sebagai bidang profesional, sesuatu yang amat diimpikan warga pertanian. Syukur Alhamdullilah jika akta ini diwujudkan, dapat meningkatkan imej pertanian di kalangan generasi muda. Malah tangga gaji juga bakal meningkat :)



Sumber: Prof khanif yusop

Thursday, 3 January 2013

Agriculture & Man (Part 1)

Definition- 

Utilization of natural resources systems to produce commodities which maintain life, including food, fiber, forest products, horticultural crops, and their related services. It involves farming: the art, science or practice of cultivating soil, producing crops, and raising livestock; to cause the land to produce abundantly food, feed, fiber and other desired goods the systematic raising of plants and animals, and at the same time to protect it from deterioration and misuse.
 
Agriculture comes from the Latin words Agre = Land and Cultura = Cultivation. Agriculture means Cultivation of the Land.


Monday, 10 December 2012

Fakta Mengenai Susu

Manusia berumur lebih 9 tahun perlu minum 3 gelas susu setiap hari. Susu juga merupakan sumber terbaik kalsium, riboflavin, vitamin d, fosforus, vitamin b-12 dan banyak lagi. Ini manfaat kesihatann terbaik dari susu

minum susu juga adalah salah satu dari sunnah Rasullulah SWT..



Tuesday, 4 December 2012

UPM pusat Agro-perlancongan Negara !!!

Universiti Putra Malaysia bakal jadi destinasi pelancongan penting negara dengan memperkenalkan pelbagai produk berasaskan agro-pelancongan..ada bayak buah2 an di sini

Malah, banyak sudah Universiti2 dari luar negara melawat UPM saban tahun..
berita lnjut- Bernama