Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya Parthenium Hysterophorus adalah 'invasive species' maksudnya spesis ini bukan berasal dari Malaysia. Ia berasal dari kawasan Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Berbahaya kerana ia menyebabkan alahan kepada manusia dan juga haiwan ternakan. Rupanya pula seperti ulam raja semasa ia muda.
Wednesday, 24 December 2014
Friday, 19 December 2014
Tips Tanaman Laman Sayur Mini Di Rumah :)
Walaupun berada di kawasan bandar yang penuh dengan aspek-aspek urbanisasi, penanaman sayuran secara kecil-kecilan masih boleh dilaksanakan di kawasan bandar. Walau tidak berapa luas namun kita masih boleh berbakti kepada tanah dan menanam sayuran untuk keperluan dapur anda. Antara tips yang boleh diaplikasikan ialah:
1. Letakkan tiga lapisan mulching (sungkupan) pada batas tanaman setebal tiga inci material organik. Usaha ini bagi menampung air yang mencukupi, menambah humus dalam tanah serta nutrien. Di samping itu juga ia mampu menghalang pertumbuhan rumpai selain memberi anda batas tanaman yang kemas.
2. Langkah paling penting dalam mengawal serangan serangga perosak ialah dengan menjaga tahap kualiti tanah. Tanah yang subur akan menghasilkan tanaman yang sihat dan boleh bertahan terhadap serangan serangga perosak serta penyakit secara semula jadi.
3. Serangga perosak boleh ditangani dengan menyembur batang daun dan pucuk pokok menggunakan air sabun yang lembut kemudian di siram dengan air bersih. Ia turut berkesan ke atas kelompok tanaman yang banyak.
4. Kenal pasti alternatif atau langkah tambahan selain baja kimia seperti penggunaan tanah kompos. Penggunaan baja tidak organik hanya menyebabkan pembinaan toksik yang boleh mencemarkan tanah dan air minuman.
5. Apabila membeli tanaman untuk taman pilih tanaman yang bersesuaian dengan tanah, kadar penerimaan cahaya matahari dan tahap pendedahannya terhadap cuaca.
6. Tanah kompos meningkatkan struktur tanah, tekstur dan meningkatkan kadar tampungan air. Selain itu, ia merangsang kesuburan tanah dan menggalak pembinaan akar yang sihat dan kuat.
| Laman Sayur Mini |
Wednesday, 10 December 2014
Penyakit Reput Buah Nangka(Infografik)
Klik untuk gambar lebih besar :)
Wednesday, 10 September 2014
Pertanian Integrasi Dijadikan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah
Satu langkah yang baik oleh kerajaan bagi mempromosikan pertanian kepada generasi muda.Sekarang bidang ini bakal mendapat nafas baru dan semua ini bagi saya adalah hasil usaha dan idea daripada bekas PM kita Tun Abdullah Ahmad Badwi yang telah menaikkan semula bidang pertanian.
![]() |
| Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
Dipetik dari Portal Berita Bernama:
Beliau berkata ini kerana aktiviti pertanian di sekolah kini kurang diberi tumpuan dan sudah tiba masanya ia digalakkan.
"Penglibatan golongan muda dalam pertanian agak kurang yang dari segi statistik, hanya 15 peratus sahaja golongan muda yang terlibat dalam pertanian.
"Jadi kita perlu tanamkan minat bertani di kalangan orang muda melalui pelajar sekolah," katanya kepada pemberita pada majlis 'Malam Ramah Mesra' anjuran Cempaka International Ladies College (CILC), Bandar Enstek dekat ini malam tadi.
Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjadikan pertanian sebagai kegiatan kokurikulum sekolah.
"Kita akan mulakan di sekolah menengah dan kita jangka akan lancarkannya tahun depan. Sebagai langkah awal kita akan dijadikan CILC sebagai sekolah perintis untuk kita laksanakan projek pertanian di sekolah.
"Caranya ialah melalui pertanian integrasi yang mana kita akan libatkan bukan sahaja dari segi pertanian tetapi juga perikanan dan sebagainya.
"Di sini (CILC) lengkap dengan tanah yang sesuai untuk pertanian, ada kolam ikan dan sebagainya. Jadi kita akan jadikan ini sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di sekolah di seluruh negara," kata Ismail Sabri.
Wednesday, 27 August 2014
Orang Tengah Dalam Pemasaran Pertanian
- Masalah utama pengeluar hasil pertanian adalah orang tengah, orang tengah biasanya mengambil untung atas angin dan ini merugikan para petani.
- Petani berpenat lelah namun mendapat pulangan yang sedikit dan ada di antara mereka tidak tahu menahu selok belok pemasaran pertanian kerana kebanyakkan mereka sudah berumur.
- FAMA mampu membantu namun masalah orang tengah masih juga ada
- Kebanyakkan produk pertanian pula mudah rosak
- Golongan muda pula ramai tidak meminati pertanian... :(
Dipetik dari Sinar Harian, menurut Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akan ada pasar agro tanpa mana-mana orang tengah:
Persoalannya bolehkan orang tengah dikurangkan ???
SEBUAH pasar raya agro menjual pelbagai barangan segar keluaran peladang dan usahawan tani dijangka memulakan operasinya di Petaling Jaya, November ini, sebagai sebahagian program Jihad Memerangi Orang Tengah yang diterajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasar raya itu akan menjual produk segar seperti ayam, daging, bawang, rempah ratus, buah-buahan dan sayur-sayuran hasil ladang daripada petani dan peladang.
“Harganya akan lebih murah sebab kita ambil terus daripada penternak dan peladang serta tidak menggunakan orang tengah,” katanya.
Ismail berkata, kementerian itu menyasarkan untuk memperluaskan kewujudan pasar raya agro di setiap negeri.
“Selepas ini, kita akan bangunkan pasar raya agro di Tanjung Agas di Muar, Johor. Lokasinya sudah dikenal pasti dan ia akan dibuka pada bila-bila masa mungkin tahun ini,” katanya.
Menurutnya, pasar raya itu diwujudkan hasil inisiatif Pertubuhan Peladang Kebangsaan Malaysia (Nafas) dan akan dibangunkan di aras satu bangunan pejabat operasi baharu pertubuhan itu.
Selain itu, katanya, pusat pengumpulan dan pengedaran turut akan dibangunkan di aras sama pejabat Nafas.
“Tingkat bawah bangunan pejabat Nafas yang baharu ini akan diubahsuai terlebih dahulu untuk menempatkan pasar raya agro dan pusat pengumpulan dan pengedaran. Ia dijangka siap dalam tempoh dua bulan dan proses pengubahsuaian ini akan menelan belanja kira-kira RM5 juta.
“Nafas juga akan ambil produk dari luar negara seperti daging lembu import dari Sudan dan kubis dari Acheh. Ia akan ditempatkan di pusat pengumpulan dan pengedaran kerana 70 peratus keperluan kita adalah diimport, manakala 30 peratus lagi dikeluarkan dalam negara,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Nafas dan Agrobank di Kota Damansara, semalam.
Sumber: Sinar Harian
Sunday, 17 August 2014
Semaian Cili Kulai
Projek Cili Kulai Di dalam Nethouse
- Cili direndam dahulu selama 4 jam dengan Racun kulat - Prevecure N
- Semaian di dalam tray semaian 100 lubang @ 118 lubang
- Biasanya semaian cili memerlukan 4 minggu sebelum pindah tanam
- Pada minggu ke-2 dan ke-3 semburan racun imadicloprid seperti Solomon disyorkan untuk pelindungan anak pokok cili
- Pada minggu ke- 3 disyorkan semburan baja daun seperti bayfolan
- Pada Minggu ke - 4 disyorkan semburan racun Marshall , ai Carbosulfan juga untuk pelindungan anak pokok cili.
![]() |
| Cili Kulai Hari ke 7 |
![]() |
| Cili Kulai di dalam tray semaian |
Thursday, 14 August 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)



