Tuesday, 12 August 2014

Cara- Cara Menanam Cili

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil. 
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah. 

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci. 

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur. 

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru. 
Cili yang sudah boleh dituai :)

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah. 

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu. 

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut. 

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang. 

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati. 

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang. 

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram. 

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat. 

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang. 

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan. 

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat. 

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya. 

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan. 

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja. 

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari. 

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun. 

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih. 

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan. 

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula. 

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib. 

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah). 

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering. 

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera. 

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
Sumber: metro(agro)

Monday, 11 August 2014

Kebaikkan Buah Tembikai (Infografik)

Buah tembikai sangat sesuai dimakan pada waktu panas dan juga sesuai sebagai pencuci mulut selpas makan. Bagi saya lebih bagus makan dahulu buah sebelum makan makanan yang berat. Sesaui juga dimakan setelah penat bekerja.

Tuesday, 3 June 2014

Mengenal Tanaman Melon - Permai 5 (Infografik)

Rasanya manis dan warnanya keemasan, berat mampu mencecah 3 kg, tempoh matang adalah 65-70 selepas tanam 




Saturday, 21 December 2013

Pertanian Bandar Bukan Ilusi: Pertanian Bandar Untuk Bandar Mampan

Projek ladang langit bagi mengatasi masalah kekurangan tapak tanah pertanian mengikut gambaran artis.
Pertanian Bandar Untuk Bandar Mampan: menghasilkan makanan sendiri, menjana pendapatan, mengalakkan interaksi sosial, meningkatkan kualiti persekitaran dan menggunakan (semula) bahan buangan dan air menjelaskan bagaimana pertanian bandar membantu ke arah pembentukkan bandar mampan.
Pertanian bandar ditafsirkan sebagai aktiviti menghasil, memproses dan memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar menggunakan kaedah pengeluaran intensif, menggunakan (semula) sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman dan ternakan1. Konsep pertanian bandar telah lama wujud jika dilihat kepada model pembangunan Machu Picchu di Peru sekitar tahun 1450, yang direka untuk mewujudkan ladang bandar yang produktif dengan menempatkan pertanian di dalam dan sekitar bandar.
Kepentingan pertanian bandar sepenuhnya telah difahami oleh pihak berkuasa dan penyelidik2. Bandar di seluruh Amerika Syarikat telah mengiktiraf nilai pertanian sebagai gunatanah yang diluluskan di kawasan bandar. Pihak berkuasa tempatan, seperti di Madison, Wisconsin telah melakukan pengubahan terhadap pelan komprehensif dan ordinan pengezonan untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan membenarkan kegunaan pertanian3.
Menjelang tahun 2020, kadar penduduk bandar di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat kepada 75% berbanding 65.4% pada tahun 20004. Peningkatan kadar kemiskinan bandar dan krisis makanan bandar di negara membangun selari dengan kepesatan perbandaran4 di samping masalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan formal yang mencukupi, peningkatan jumlah sisa buangan, pencemaran udara dan air.
Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan pengeluaran makanan. Nilai import makanan meningkat setiap tahun, iaitu daripada RM12.69 juta pada tahun 2003 kepada RM23.37 juta pada  tahun 20074 dengan nilai RM221.81 bilion sejak tahun 19926. Kadar kebergantungan yang tinggi kepada sumber makanan import memberi impak yang besar kepada negara sekiranya berlaku krisis makanan dunia. Pertanian bandar menjadi medium penting untuk bekalan makanan tempatan secara berterusan, mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan meningkatkan pengurusan persekitaran bandar.
Penghasilan makanan sendiri samaada menanam atau menternak membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah untuk membeli makanan. Berdasarkan kajian Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF) penduduk miskin di negara-negara miskin secara umumnya membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka (50% – 70%) ke atas makanan. Pertanian bandar mewujudkan peluang pekerjaan dan penjualan hasil pertanian (segar atau diproses) sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk bandar.
Pertanian bandar berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Sebagai contoh, beberapa projek pertanian bandar di Amsterdam mensasar golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya, wanita, penghijrah tanpa pekerjaan, dan warga emas5 dengan tujuan untuk mengalakkan interaksi sosial dan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra. Di Montreal, Kanada, penglibatan golongan kurang bernasib baik dalam aktiviti pertanian bandar sangat dititikberatkan7selaras dengan polisi kerajaan untuk membantu golongan berkenaan. Selain itu, pertanian bandar membantu meningkatkan motivasi diri para peserta projek dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan samaada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Pertanian bandar turut menyediakan ruang rekreasi dan peluang pendidikan pertanian kepada para pelajar.
Pertanian bandar memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan persekitaran bandar dengan menyediakan alternatif kepada penyelesaian masalah pelupusan sisa buangan dengan menjadikannya kepada sumber yang produktif melalui pengkomposan. Kompos boleh digunakan untuk penanaman dan dijadikan sebagai baja semulajadi. Pertanian bandar meningkatkan keluasan kawasan hijau di kawasan bandar. Justeru, ini akan meningkatkan nilai estetik atau mengindahkan pemandangan dalam bandar, dan yang lebih penting lagi kawasan hijau membantu menyejukkan suhu kawasan bandar secara semulajadi. Pencemaran air dapat dikurangkan apabila air dikitar semula untuk tujuan pengeluaran makanan.  Di samping itu air hujan boleh disimpan atau disalurkan kepada tanaman pokok melalui cara penuaian air hujan untuk kegunaan penyiraman, pembersihan tanaman atau ternakan serta menggalakkan penggunaan hujan secara ekonomik.
Pada masa kini, tiada kajian atau data rasmi berkaitan pertanian bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun usaha pertanian bandar di negara kita dapat dilihat secara tidak langsung melalui Program Bumi Hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan.  Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperkenalkan projek Bumi Hijau di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa individu, kumpulan, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)8. Selain itu, sebilangan kecil penduduk atau agensi menjalankan penanaman sayuran di laman rumah, balkoni, dalam kawasan institusi dan di bawah laluan rentis elektrik.
Pengintegrasian pertanian dalam sistem perancangan bandar adalah pra-syarat penting pembangunan mampan dari aspek sumber pendapatan, bekalan makanan, penghijauan persekitaran dan lanskap bandar, pengurusan air dan penyediaan alternatif kawasan beriadah dan pendidikan. Pengintegrasian ini akan mewujudkan rekabentuk kawasan kejiranan baru dan mempelbagaikan fungsi kegunaan tanah di kawasan bandar selaras dengan konsep pembangunan bandar padat.
Pertanian bandar dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ bandar, mengguna dan mengitar semula sisa bandar dan menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar.
Dalam melaksanakan pertanian bandar di Malaysia, banyak perkara yang perlu diteliti seperti keperluan perundangan, kesediaan tanah, kesesuaian lokasi, jenis tanaman dan ternakan selain sikap dan pemikiran negatif individu, komuniti, organisasi atau pihak berkepentingan terhadap pertanian bandar.
Rujukan
1 United Nations Development Programs (UNDP), 1996
2 An Urbanizing World, United Nations Centre for Human Settlement (HABITAT), 1996
3  Promoting Urban Agriculture As An Alternative Land Use For Vacant Properties In The City Of Detroit: Benefits, Problems And Proposals For A Regulatory Framework For Successful Land Use Integration, John E.M, Sarah.K & Mary J.W, Undated.
4  Rancangan Fizikal Negara ke-2, JPBD SM, 2010
5  The Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF) is an international network of seven regional resource centres and one global resource centre on Urban Agriculture and Food Security based in Netherland.
6  Utusan Malaysia, 26 Jun 2012.
7  E. Duchemin, F. Wegmuller and A.-M. Legault, Urban agriculture: multi-dimensional tools for social development in poor neighbourhoods, 2008
8 BERNAMA, 13 Julai 2008
 sumber: smp

Saturday, 16 November 2013

Cara - Cara Menanam Aloe Vera (Lidah Buaya)

Anda yang gemarkan mengindahkan taman dengan pepohon hijau, lidah buaya antara yang dicadangkan. Malah pokok itu juga membiak dengan subur jika kaedah dilakukan benar-benar sempurna.
Kali ini kaedah pembiakan lidah buaya melalui anak pokok dikongsikan.

Langkah 1
Asingkan anak pokok dari plastik semaian dengan teliti.
 

Foto 

Langkah 2
Bersihkan anak pokok tadi daripada akar -akar yang sudah rosak.


Foto  

Langkah 3
Masukkan tanah ke dalam pasu baru.
 

Foto 

Langkah 4
Mula menanam anak pokok lidah buaya.


Foto 

Langkah 5
Padatkan tanah supaya kedudukan anak pokok itu lebih seimbang 


Foto   

Langkah 6
Tempatkan anak pokok itu di kawasan teduh.
 

Sumber: hmetro 

Wednesday, 13 November 2013

Alatan - Alatan untuk Berkebun/ Pertanian

Alatan - Alatan untuk Berkebun/ Pertanian 
mari mengenal alatan-alatan untuk berkebun,bertani dan bercucuk tanam dalam BM dan BI 
berbakti kepada tanah nescaya akan dapat hasilnya :)