PENCINTA PLANTAE
Everything is about Agriculture
Thursday, 30 July 2015
Thursday, 25 December 2014
KENALI VARIETI KELAPA - yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian
Bagi pembangunan industri kelapa, Jabatan Pertanian melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG, MAWA dan Kelapa Pandan untuk ditanam oleh pekebun dan pengusaha kelapa di negara ini kerana mampu memberikan hasil yang tinggi.
Kelapa MATAG.
Kelapa Matag ialah kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf - MRD) atau Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf – MYD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah Kelapa MATAG dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan density penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Bilangan buah setandan di antara 10 – 22 biji.
Kelapa MAWA
Kelapa Mawa ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 – 16 biji.
KELAPA PANDAN
Kelapa Pandan dikenali juga dengan nama kelapa wangi atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.
Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 – 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api.
Wednesday, 24 December 2014
Bahaya Rumpai Miang Mexico Part 2 (Infografik)
Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya Parthenium Hysterophorus adalah 'invasive species' maksudnya spesis ini bukan berasal dari Malaysia. Ia berasal dari kawasan Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Berbahaya kerana ia menyebabkan alahan kepada manusia dan juga haiwan ternakan. Rupanya pula seperti ulam raja semasa ia muda.
sila klik ( Bahaya Rumpai Miang Mexico Part 1 )
sila klik ( Bahaya Rumpai Miang Mexico Part 1 )
Bahaya Rumpai Miang Mexico(Infografik)
Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya Parthenium Hysterophorus adalah 'invasive species' maksudnya spesis ini bukan berasal dari Malaysia. Ia berasal dari kawasan Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Berbahaya kerana ia menyebabkan alahan kepada manusia dan juga haiwan ternakan. Rupanya pula seperti ulam raja semasa ia muda.
Friday, 19 December 2014
Tips Tanaman Laman Sayur Mini Di Rumah :)
Walaupun berada di kawasan bandar yang penuh dengan aspek-aspek urbanisasi, penanaman sayuran secara kecil-kecilan masih boleh dilaksanakan di kawasan bandar. Walau tidak berapa luas namun kita masih boleh berbakti kepada tanah dan menanam sayuran untuk keperluan dapur anda. Antara tips yang boleh diaplikasikan ialah:
1. Letakkan tiga lapisan mulching (sungkupan) pada batas tanaman setebal tiga inci material organik. Usaha ini bagi menampung air yang mencukupi, menambah humus dalam tanah serta nutrien. Di samping itu juga ia mampu menghalang pertumbuhan rumpai selain memberi anda batas tanaman yang kemas.
2. Langkah paling penting dalam mengawal serangan serangga perosak ialah dengan menjaga tahap kualiti tanah. Tanah yang subur akan menghasilkan tanaman yang sihat dan boleh bertahan terhadap serangan serangga perosak serta penyakit secara semula jadi.
3. Serangga perosak boleh ditangani dengan menyembur batang daun dan pucuk pokok menggunakan air sabun yang lembut kemudian di siram dengan air bersih. Ia turut berkesan ke atas kelompok tanaman yang banyak.
4. Kenal pasti alternatif atau langkah tambahan selain baja kimia seperti penggunaan tanah kompos. Penggunaan baja tidak organik hanya menyebabkan pembinaan toksik yang boleh mencemarkan tanah dan air minuman.
5. Apabila membeli tanaman untuk taman pilih tanaman yang bersesuaian dengan tanah, kadar penerimaan cahaya matahari dan tahap pendedahannya terhadap cuaca.
6. Tanah kompos meningkatkan struktur tanah, tekstur dan meningkatkan kadar tampungan air. Selain itu, ia merangsang kesuburan tanah dan menggalak pembinaan akar yang sihat dan kuat.
Laman Sayur Mini |
Wednesday, 10 December 2014
Penyakit Reput Buah Nangka(Infografik)
Klik untuk gambar lebih besar :)
Wednesday, 10 September 2014
Pertanian Integrasi Dijadikan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah
Satu langkah yang baik oleh kerajaan bagi mempromosikan pertanian kepada generasi muda.Sekarang bidang ini bakal mendapat nafas baru dan semua ini bagi saya adalah hasil usaha dan idea daripada bekas PM kita Tun Abdullah Ahmad Badwi yang telah menaikkan semula bidang pertanian.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
Dipetik dari Portal Berita Bernama:
Beliau berkata ini kerana aktiviti pertanian di sekolah kini kurang diberi tumpuan dan sudah tiba masanya ia digalakkan.
"Penglibatan golongan muda dalam pertanian agak kurang yang dari segi statistik, hanya 15 peratus sahaja golongan muda yang terlibat dalam pertanian.
"Jadi kita perlu tanamkan minat bertani di kalangan orang muda melalui pelajar sekolah," katanya kepada pemberita pada majlis 'Malam Ramah Mesra' anjuran Cempaka International Ladies College (CILC), Bandar Enstek dekat ini malam tadi.
Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjadikan pertanian sebagai kegiatan kokurikulum sekolah.
"Kita akan mulakan di sekolah menengah dan kita jangka akan lancarkannya tahun depan. Sebagai langkah awal kita akan dijadikan CILC sebagai sekolah perintis untuk kita laksanakan projek pertanian di sekolah.
"Caranya ialah melalui pertanian integrasi yang mana kita akan libatkan bukan sahaja dari segi pertanian tetapi juga perikanan dan sebagainya.
"Di sini (CILC) lengkap dengan tanah yang sesuai untuk pertanian, ada kolam ikan dan sebagainya. Jadi kita akan jadikan ini sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di sekolah di seluruh negara," kata Ismail Sabri.
Subscribe to:
Posts (Atom)